Peringkat-peringkat Hati

Posted by 1001-kisah 17 Feb 2010 0 komentar
1. Mata Hati Yang Buta:
Mata hati yang buta ialah ibarat mata yang buta. Semua objek tidak boleh dilihat. Orang yang buta mata hatinya tidak nampak langsung akan kebenaran. Apalagi kalau buta mata hati sejak kecil, hingga tidak pernah kenal kebenaran. Seperti orang yang buta sejak kecil dan tidak pernah melihat tali. Jika diberi tali disangkanya daun. Inilah hati orang yang tidak menerima akidah dan sistem hidup Islam. Disebabkan mata hatinya buta, apa saja yang dirasakannya tidak tepat. Firman Allah yang bermaksud:
"Allah telah menutup pintu hati dan pendengaran mereka."
(Surah Al-Baqarah: ayat 7)
Hati peringkat ini telah terkunci. Kebenaran yang asas-asas pun tidak ada atau tidak dapat diterimanya. Firman Allah lagi yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman, sama sahaja untuk mereka, baik kamu beri peringatan atau tidak beri peringatan, mereka tidak akan beriman."
(Surah Al-Baqarah: ayat 6)
2. Mata Hati Yang Kabur:
Pandangannya berbalam-balam atau samar-samar. Kadang-kadang nampak, kadang-kadang tidak. Inilah hati orang mukmin yang banyak melanggar larangan Allah. Mereka samar-samar dalam melihat kebenaran. Dalam mereka melihat salah, ada juga sedikit kebenarannya. Seperti orang yang memegang tali pinggang disangkanya tali belati. Namun ada juga betulnya kerana dia masih tahu itu adalah tali.
3. Mata Hati Yang Cerah:
Ini pandangan hati orang-orang yang soleh
4. Mata Hati Cerah Yang Luar Biasa:
Mata hati di peringkat ini umpama mata yang boleh melihat beribu-batu tanpa menggunakan teleskop. Mungkin dalam sejuta hanya seorang yang Allah beri kelebihan luar biasa ini yaitu para rasul, nabi dan orang-orang yang dekat dengan Allah yang menerima ilmu wahyu dan ilham daripada-Nya.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Demi waktu, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan saling berpesan supaya mentaati kebenaran dan saling nasihat menasihati supaya menjalankan kesabaran."
(Surah Al-Ashr: ayat 1-3)
TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: Peringkat-peringkat Hati
Ditulis oleh 1001-kisah
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://1001-kisahteladan.blogspot.com/2010/02/peringkat-peringkat-hati.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.

0 komentar:

Posting Komentar

Tutorial SEO dan Blog support Online Shop Tas Wanita - Original design by Bamz | Copyright of 1001 Kisah Teladan.