Kisah para Wali-Imam Ja'afar Al-Sadiq
31 Mei 2010
0
komentar
Ja'afar berkata, "Jika tuan rida, kurniakan kepada saya satu hadiah, iaitu jangan tuan panggil saya bertemu dengan tuan lagi kerana itu mengganggu ibadatku," khalifah bersetuju.
Seorang bertanya, "Siapakah yang lebih baik di antara kedua orang ini: orang kaya yang bersyukur ke hadrat Allah kerana kurniaan Allah kepadanya; atau orang fakir yang rida?"
Ja'afar menjawab, "Orang fakir yang rida itulah yang lebih baik, kerana orang kaya itu sentiasa ingatkan harta bendanya tetapi fakir itu sentiasa ingat kepada Allah.
Allah sendiri memuji orang-orang yang bertaubat dan memasuki Islam dan menganggap mereka lebih baik dari ahli ibadat. Zikir membuangkan segala ingatan kepada dunia."
Mutiara dari Ja'afar al-Sadiq:
• Di hari pembicaraan kelak anda bukan ditanya tentang harta benda atau pengkat atau nenek moyang dan pendapatan anda, tetapi adalah tentang amalan keruhanian yang telah anda lalui dan ibadat yang anda lakukan.
• Allah tidak akan dijumpai sehingga kita betul-betul mahu bertemu denganNya, seperti orang yang hampir kelemasan mahukan pertolongan.
• Adalah satu dosa jika putus asa dalam ibadat.
• Orang yang bertaubat setiap kali membuat dosa adalah orang yang dikasihi Allah.
• Rahsia itu dibukakan kepadaku tatkala aku tenggelam dalam cinta Allah.
• Orang yang tidak putus-putus berusaha dan menyerahkan semua peribadatannya ke hadrat Allah adalah orang yang akan menduduki syurga; tetapi orang yang bergantung kepada dirinya sendiri dan menjadi hamba kepada hawa nafsu akan ditempatkan di neraka.
TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: Kisah para Wali-Imam Ja'afar Al-Sadiq
Ditulis oleh 1001-kisah
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://1001-kisahteladan.blogspot.com/2010/05/kisah-para-wali-imam-jaafar-al-sadiq.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.Ditulis oleh 1001-kisah
Rating Blog 5 dari 5
0 komentar:
Posting Komentar